Selasa, 7 Oktober 2014

Dewan Rakyat penggal kedua bermula esok

 
Memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.

Parlimen


PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ketiga belas akan mula bersidang esok, Selasa.

Pada sesi kali ini, ia akan dijalankan selama 38 hari iaitu sehingga 27 November dengan memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini, (Jumaat) pada jam 4 petang.

Ia juga akan diikuti oleh perbahasan yang akan dilakukan oleh ahli parlimen berhubung bajet yang telah dibentangkan oleh Najib yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Oleh yang demikian, kesemua ahli parlimen perlu segera memaklumkan kepada Parlimen jika ada sebarang pemberitahuan lisan selewat-lewatnya sebelum 12 Sepember ini, bagi jawapan secara lisan atau bertulis.

Manakala tarikh tutup penerimaan usul-usul pula adalah tertakluk kepada jenis-jenis usul dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia perlu dialamatkan kepada Setiuasaha Dewan Rakat atau Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: