KUALA LUMPUR:
Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini
berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya
Aidiladha, Ahad ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak.
"Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Esok trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak ke kampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.
"Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar," katanya.
Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya.
Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesak di Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan.
"Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan