MALAYSIAKINI
AMK menempelak Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang
menyifatkan kempen solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelang keputusan kes Liwat II hujung bulan ini sebagai tidak wajar
kerana mempersenda badan kehakiman negara.
Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil berkata kenyataan pemimpin Umno itu
menunjukkan beliau masih mengamal budaya politik kuno dan membayangkan
tidak memahami perlembagaan dan undang-undang di negara ini.
"Hak
untuk berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara atau menyatakan
pandangan adalah hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
"Malah mempersoal sistem atau undang-undang adalah asas dan tunjang
demokrasi yang perlu dijunjung dan dihidupkan, dari semangat mempersoal
sesuatu inilah kepentingan rakyat dapat dibela dan dijamin, dan
kezaliman ditentang," katanya.
Dalam kenyataanya semalam, Fahmi yang juga pengarah komunikasi PKR
menyeru rakyat tidak takut menyatakan pendirian sekaligus menyokong
Anwar dalam kempen 'RakyatHakimNegara' itu pada 28 dan 29 Oktober ini.
Kelmarin Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan menggesa polis memantau dan mengambil tindakan awal terhadap penganjuran kempen itu menjelang keputusan penting kes tersebut.
Pemimpin kanan Umno Kuala Lumpur itu juga berkata, kempen Pemuda PKR
itu hanya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah yang akan membuat
keputusan.
“Tindakan AMK menganjurkan kempen seumpama ini seolah-olah mempersenda
badan kehakiman di negara ini perlu diambil tindakan sewajarnya. Bagi
saya sistem undang-undang di negara ini adil dan saksama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan