Zaini (pakai berret hijau) pada majlis perasmian Perasmian Forum dan Pameran Keganasan Komunis di Seremban, semalam.
SEREMBAN - Undang-undang baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan
1948 kelak seharusnya jauh lebih baik dan berkesan dalam memelihara
keharmonian negara, demikian kata bekas Panglima Medan Tentera Darat,
Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.
Menurutnya, beliau khuatir undang-undang baharu nanti tidak mampu berfungsi sebaik akta sedia ada, lantas mengundang keadaan tidak diingini dalam masyarakat.
“Undang-undang baharu itu perlu dikaji secara terperinci. Sekiranya didapati membawa sedikit bahaya dan sedikit perpecahan sekali pun, ia tidak patut digunakan.
"Buat apa kita hendak mengambil sesuatu yang lebih buruk, walhal akta sedia ada sudah cukup elok,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Perasmian Forum dan Pameran Keganasan Komunis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, di sini semalam.
Menurutnya, apa yang paling menjadi kerisauannya sekarang, jika akta baharu itu digunakan pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menindas mana-mana individu atau kumpulan yang tidak bersetuju dan bertentangan pendapat dengan mereka.
“Namun, seandainya perkara tersebut dapat diperkemaskan lagi sehingga situasi sebegitu dapat dielakkan, maka itu tidak mengapa.
“Paling penting, undang-undang baharu itu (kalau perlu diadakan) kualitinya mestilah sama atau lebih baik berbanding Akta Hasutan 1948, tanpa ada ruang untuk disalahgunakan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan