MALAYSIAKINI
Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik
pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan
sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan
kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan
Kelantan itu.
Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiri)
berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan
bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), ia “sungguh mencurigakan”.
“Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya,” kata Malik.
“Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu
memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk
mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan
permukaan bumi di Malaysia.
Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan
tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014
bersama Tentera Darat Malaysia.
Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan
antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United
States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.
Seramai
540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai
latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan
kemanusiaan dalam senario banjir.
GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok).
“GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan
memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.” kata
Malik.
Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan