KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Kesatuan Wartawan Indonesia meminta Kerajaan
Malaysia memberikan penghormatan kepada wartawan sama seperti pengamal
dalam bidang lain.
Presiden Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Eko Maryadi dipetik
berkata, wartawan Malaysia patut dibenarkan menjalankan tugas tanpa rasa
takut atau diganggu.
“AJI menggesa polis dan ahli politik Malaysia berhenti mengganggu wartawan dan hormat pada kerjaya mereka seperti pengamal dalam bidang lain seperti ahli akademik, guru, doktor…,” katanya dipetik Malaysiakini.
Eko berkata, AJI ‘sangat bimbang’ berhubung penahanan Penolong Editor Malaysiakini, Susan Loone di Pulau Pinang bawah Akta Hasutan 1948 pada Khamis lalu.
“Kami teguh bersetiakawan dengan kesemua wartawan Malaysia, terutamanya editor Malaysiakini yang ditahan,” katanya.
Loone ditahan pada 4 September berhubung tulisannya yang memetik Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkaitan penahanannya dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan