Oleh Fiza Abd Halim
KUALA LUMPUR Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar
menuntut kerajaan membuat penjelasan terperinci dan membentangkan
laporan kewangan Malaysian Airlines (MAS) termasuk keuntungan atau
kerugian operasi daripada tahun 2008 sehingga ke hari ini kepada
Parlimen bagi memastikan tiadanya tanda tanya dalam perakaunan MAS.
Beliau mahu satu firma audit forensik antarabangsa yang bebas
dilantik untuk menyediakan laporan audit forensik bagi menjawab
persoalan yang ditimbulkan rakyat berhubung kegagalan MAS mencatat
keuntungan selepas beberapa percubaan penyuntikan dana.
“Kerajaan
bertanggungjawab
mendedahkan kandungan perjanjian dengan
syarikat-syarikat pembekal termasuk Brahim’s Holdings Bhd untuk diaudit,
dalam menentukan samada perjanjian tersebut adalah adil bagi semua
pihak yang terlibat.
“Menurut laporan, MAS boleh menjimatkan sehingga RM300 juta setahun
sekiranya perjanjian-perjanjian ini ditamatkan,” katanya dalam
kenyataan.
Kontrak penyajian makanan MAS diberikan kepada Brahim’s Holding Bhd
yang dikatakan syarikat milik Datuk Ibrahim Ahmad Badawi, syarikat
tersebut diberikan kontrak selama 25 tahun yang bernilai RM6.25 bilion.
Ibrahim juga merupakan abang kepada mantan Perdana Menteri iaitu Tun
Abdullah Badawi.
Menurut Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai,
penstrukturan semula buat kali ketiga ini perlu memberi justifikasi
kepada tuntutan ketelusan awam supaya prestasi setiap ahli lembaga
pengarah MAS diaudit bagi memastikan kejayaan syarikat penerbangan
nasional pada masa akan datang.
“Pihak pengurusan MAS juga harus dipertanggungjawabkan ke atas nasib
para pekerja yang bakal terkesan akibat kegagalan ini. Nasib mereka
tidak dibela dengan adil dan telus,” tambah beliau.
Sebelum ini, akhbar The Star melaporkan 6000 kakitangan MAS bakal
kehilangan mata pencarian sebaik sahaja skim Pemberhentian Secara
Sukarela (VSS) dilaksana. Namun pada masa sama tidak ada sebarang
kenyataan berkenaan status pengurusan peringkat tinggi.
Perancangan untuk cuba memulihkan MAS melalui penyuntikan dana RM6
bilion dan pembungan pekerja membawa persepsi bahawa kepentingan
kakitangan tidak dibela.
Skim VSS adalah penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan
syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh
timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan
semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat,
perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan