Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih
tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA), dakwa bekas seorang
penggerak kesatuan sekerja MAS (Maseu).
PETALING JAYA: Kos operasi MAS sangat tinggi menyebabkan syarikat penerbangan negara mengalami kerugian besar dan terpaksa dibantu kerajaan, kata bekas kesatuan sekerja terbesar MAS..
Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA), dakwa bekas seorang penggerak kesatuan sekerja MAS (Maseu).
“Kalau gaji di SIA RM12, gaji di MAS lebih banyak lagi.
Maknanya SIA yang kaya tidak bayar gaji sebanyak MAS.
“Saya rasa ia sengaja nak beri kerja kepada orang Melayu,”katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.
Beliau telah bersara sejak beberapa tahun lalu dan tidak mengetahui perkembangan terbaru dalam MAS.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, cara terbaik untuk memulih dan menyelamatkan MAS ialah dengan membiarkan syarikat penerbangan negara itu bangkrap.
Katanya, apabila bangkrap kerajaan tidak boleh lagi terbabit dengan MAS dan membiarkan sebuah syarikat lain mengambilalih syarikat penerbangan nasional itu.
Dengan cara itu, tambahnya kerajaan tidak lagi mengeluarkan wang untuk memmbiayai MAS.
`Tranformasi menyeluruh’
Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS mempunyai pandangan sebaliknya.
Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, MAS walau dalam apa keadaan sekalipun perlu dipulihkan kerana ia adalah maruah negara.
“MAS adalah satu aset kepada negara, ia milik negara dan kerana itu kerajaan wajib memulihkannya.
“Baik pulih perlu dilakukan sepenuhnya dan perbaiki pengurusan supaya boleh berdaya saing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain,” katanya.
Menurut Dr Syed Azman, ini kerana MAS telah memenangi banyak anugerah serta menjadi antara syarikat penerbang terbaik di dunia.
“MAS perlu ditranformasi menyeluruh supaya dapat bangkit semula sebagaimana di zaman kegemiliangannya,” tambahnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan