Isnin, 27 Januari 2014
Zahid Hamidi alu-alukan rundingan BN-Pakatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut baik gesaan mewujudkan konsensus nasional oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana menurutnya ia adalah langkah proaktif yang harus diterima semua pihak.
"Saya memandang cadangan daripada ucapan penasihat PKR itu dalam persidangan Pemuda PKR merupakan satu langkah yang proaktif yang harus diterima baik oleh Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN).
Perkara seumpama itu jelas Naib Presiden Umno itu juga belum pernah berlaku dan ini menunjukkan sifat terbuka antara program yang harus dilakukan bersama antara parti kerajaan dan pembangkang.
"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini melihatkan sifat dan rasa keterbukaan mereka terhadap program yang harus dijalankan bersama antara parti pemerintah dan pihk pembangkang," kata Ahmad Zahid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan