Syafiq Syazwan
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan
Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi
PapaGomo.com.
Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang
dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web
PapaGomo.com
"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.
"Saya setuju," jawab Anwar.
Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta
terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip
beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com
Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak
pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak
Julai 2013.
Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media
arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas
pembantu peribadinya Saiful Bukhari.
Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.
"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya
Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman
rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog
termasuk laman web PapaGomo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan