Isnin, 27 Januari 2014

Serangan Bom di Gereja : PM Minta Orang Ramai Bertenang

alt
 
Hafiz Roslan 


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai bertenang dengan isu melibatkan sensitiviti kaum dan agama di Pulau Pinang.
 
Menurut Najib,  sebarang tindakan akan diambil untuk mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama.
 
"Saya minta supaya tindakan diambil untuk membanteras sebarang perbuatan yang boleh dianggap sebagai tindakan provokasi dan boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama di negara ini.
 
"Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak melatah dalam apa jua keadaan," katanya kepada media selepas mlancarkan buku Maps of Malaya and Borneo di sini.
 
 
Allah
 
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas insiden penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa pagar gereja di kawasan pulau di negeri ini semalam.

Difahamkan kain rentang yang bertulis “Allah is Great” (Allah Maha Besar), “Jesus is the son of Allah” (Jesus adalah anak lelaki Allah) digantung di luar perkarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.
 
Ianya turut menyebabkan terdapat laporan yang mendakwa terdapat individu yang melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi ini.
 
Pihak polis mengesahkan akan memburu pihak yang tidak bertanggungjawab melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

Tiada ulasan: