Khamis, 14 November 2013

Siling Hospital Serdang runtuh lagi

ANTARA POS.COM


Post Pic



SERDANG: Beberapa kepingan siling runtuh di Hospital Serdang runtuh pagi ini, sekaligus menjadikan insiden ini yang keempat berlaku sejak tiga tahun lalu.

Kali ini, insiden itu berlaku di Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital tersebut, lapor Harian Metro, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang dipetik berkata bahawa kejadian itu berlaku pada 1.30 pagi dan melibatkan kawasan di antara lapan hingga 10 kaki lebar.

Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi.

Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama, tetapi tidak ada yang tercedera.

Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012.

Menurut bekas MP Serdang Teo Nie Ching, menteri kesihatan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memaklumkan kepadanya bahawa kementerian itu telah memperuntukkan RM800,000 untuk menggantikan kawasan yang luas 250 kaki persegi siling berikutan kejatuhan pertama.

Teo berkata, didapati bahagian siling adalah "longgar dan berbahaya", menyebabkan Kementerian Kerja Raya menyiasat perkara itu.

Hospital Serdang dibuka pada Disember 2005 dan mempunyai 620 katil.

Tiada ulasan: