MALAYSIA KINI
Semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan taufan Haiyan di Filipina dilapor selamat.
Kementerian Luar dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.
"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Filipina dan keluarga mangsa-mangsa kejadian taufan Haiyan yang melanda beberapa bahagian di Wilayah Tengah Filipina," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina dan mangsa-mangsa bencana alam itu dalam bentuk penghantaran pasukan perubatan tentera dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).
Pada masa sama Kelab Putra 1Malaysia bersedia menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan lain, kata kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya 10,000 orang dilapor terbunuh dalam taufan Haiyan, ribut paling kuat di dunia tahun ini yang melanda Filipina dua hari lepas.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan