Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM: Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Negeri Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu agensi
keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata skuad ini bertujuan memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh yang ditetapkan.
Katanya, penubuhan skuad ini tidak akan mengganggu peranan agensi keselamatan sedia ada seperi pasukan polis dan bomba, tetapi bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan
merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan.
“Setiap PBT yang terlibat sebenarnya mempunyai pasukan khas mereka sendiri untuk mengatasi kes kecemasan, namun kerajaan negeri ingin memantapkan usaha sedia ada dengan menggabungkan
ahli-ahli PBT ini kepada satu pasukan dikenali sebagai skuad Pantas.
“Dengan cara itu, jika berlaku kecemasan dan memerlukan kita untuk membantu masyarakat di mana-mana tempat, kita boleh bergantung kepada pelbagai PBT,” katanya semasa merasmikan penubuhan Skuad Pantas Selangor di Taman Tasik Subang Ria, hari ini.
Hadir sama, Exco negeri, Datuk Teng Chang Khim dan Rodziah Ismail serta Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi.
Skuad Pantas adalah pasukan yang ditubuhkan PBT negeri Selangor bagi mengendalikan kes kecemasan dan bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kemalangan dan kebakaran.
Antara PBT yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).
Setakat ini, seramai 50 anggota dipilih untuk menyertai skuad ini.
Abdul Khalid berkata, anggota yang menyertai skuad ini akan diberi elaun bulanan sebanyak RM200 seorang selain caruman skim perlindungan insurans khas oleh setiap PBT.
Katanyan, peranan skuad ini akan diperluaskan ke peringkat PBT lain dari masa ke masa bergantung kepada keperluan masyarakat.
“Kita akan mempunyai pasukan yang mantap untuk mengatasi perkara-perkara kecemasan melalui anggota yang dilatih. Kita juga bercadang untuk memperluaskan skuad ini ke kawasan-kawasan lain
dalam masa terdekat,” katanya lagi.-EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan