Khamis, 21 November 2013

PKR persoal mana Hospital Siburan?

 
Janji itu dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika beliau mengadakan lawatan ke Klinik Desa Siburan yang mana katanya kerajaan mahu membina hospital baru yang lebih besar dan moden.




KUCHING: PKR Sarawak mempersoal projek pembinaan Hospital Siburan yang diumumkan pada tahun 2011 tetapi belum jadi kenyataan sampai sekarang.

Menurut jurucakapnya, Voon Shiak Ni, projek itu dijanjikan pada April 2011 dengan kos sebanyak RM22 juta.

“Janji itu dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika beliau mengadakan lawatan ke Klinik Desa Siburan yang mana katanya kerajaan mahu membina hospital baru yang lebih besar dan moden,” dakwa beliau.

Beliau berharap kerajaan perlu memberi perhatian kepada projek ini yang sudah tertangguh sejak 2011.

“Sehingga kini, tiada tanda pembinaan dilakukan untuk membina Hospital Siburan yang baru,” tegas beliau dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Beliau juga mendakwa Pembantu Menteri Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil turut membuat janji yang sama ketika mengiringi Liow melawat Klinik Desa Siburan.

“Klinik Siburan yang ada sekarang masih menggunakan papan sejak bertahun-tahun lamanya. Ia dibina pada 30 tahun lepas dan akibat pertambahan penduduk klinik itu menjadi sesak,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Voon meminta penjelasan status projek itu sedangkan ia sudah dijanjikan oleh Dr Jerip dan Liow sendiri.

Tiada ulasan: