MALAYSIA KINI
Satu
video parodi terbaru mengenai isu penggunaan kalimah Allah mencetus
kemarahan anggota PERKASA yang membuat sembilan lagi laporan polis atas
karya yang “seolah-olah” menghina keputusan mahkamah itu.
Menurut laporan Mingguan Malaysia, sembilan laporan berkenaan dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.
Menurut Ketua PERKASA Selangor Abu Bakar Yahya berkata video dalam program The Effing Show yang disiarkan di laman popteevee.com melalui Youtube itu perlu diteliti “untuk mengelak perasaan tidak harmoni antara kaum”.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat dan bertindak ke atas pihak yang terlibat dalam pembikinan dan penyiaran video berkenaan.
Video sepanjang lebih enam setengah minit itu menampilkan dua kumpulan – salah satunya mendakwa kalimah “Allah” hanya untuk mereka.
Satu lagi kumpulan mendakwa banyak istilah dalam bahasa Melayu berasal dari Sanskrit sepeti “bumiputera”, “raja” dan “negara”.
Menurut kumpulan tersebut, ini adalah untuk mengelakkan rakyat “terkeliru” dengan pengaruh Hindu.
Perkara itu tidak dipersetujui oleh kumpulan yang menuntut hak ekslusif untuk mengguna kalimah Allah itu, yang seterusnya menyatakan bahawa mereka akan meminta bantuan kumpulan dinamakan sebagai PERKASA.
Kumpulan itu seterusnya diberitahu bahawa istilah “PERKASA” itu juga berasal dari Sanskrit – yang menyebabkan salah seorang dari kumpulan tersebut berang.
Pelakon lelaki tersebut dengan meradang berkata: “Jangan mengarut (Dont talk s#!t)”, yang dipercayai bagi memperolok-olokkan reaksi presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu wawancara dengan stesen Al-Jazeera.
PERKASA Perak dilaporkan membuat laporan polis berhubung kes sama pada hari Rabu lalu.
Video berkenaan dihoskan oleh Ezra Zaid, yang sebelum ini berdepan tindakan pihak berkuasa agama atas penerbitan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis Kanada Irshad Manji.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan