Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh berkata semakan ke atas suspek mendapati dia menggunakan nombor kad pengenalan milik individu lain.
"Kami sedang menyiasat latar belakang suspek dan syarikat kawalan keselamatan yang mengambilnya bekerja. Setakat ini kita sedang menyiasat bagaimana dia diambil bekerja serta sama ada suspek memiliki lesen untuk membawa senjata api atau tidak," kata SAC Amar.
Suspek yang dikenalipasti sebagai Hikman Jacob (900328-12-5725) berasal dari Kampung Bingkor, Sabah mengacukan pistol kepada majikannya ketika mahu memulakan perniagaan kedai emasnya pada pukul 9.30 pagi Khamis.
Dia kemudiannya meninggalkan kedai emas tersebut dengan membawa dulang berisi 100 utas rantai leher yang tidak dapat dipastikan nilainya.
Suspek dilaporkan baru dua bulan bekerja di kedai emas tersebut.
Pengurus cawangan kedai emas tersebut, Robert Lourdusamy berkata walaupun pihaknya berkali-kali mendesak suspek menunjukkan kad pengenalannya kepada majikan namun suspek tidak pernah berbuat demikian.
"Semalam (Rabu), dia hanya menunjukkan salinan kad pengenalannya. Ia nampak sama seperti kad pengenalan biasa, namun ia sangat lembut dan rasanya sama seperti sekeping kadbod," kata Robert.
"Saya beritahu dia perlu menunjukkan kad pengenalannya yang asli hari ini (Khamis) kerana kami mahu membuatkan kad perakam waktu untuknya," katanya.
Menurut laman web, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), bekas Ketua Polis Negara merupakan ahli lembaga pengarah dalam firma yang mengambil suspek bekerja.
Ketika dihubungi syarikat kawalan keselamatan berkenaan, enggan mengulas sama ada mereka ada menyemak latar belakang atau suspek memiliki lesen membawa senjata api yang sah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak kementerian akan menyiasat bagaimana suspek diambil bekerja dan belum ada tindakan selanjutnya yang diambil terhadap firma keselamatan tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Saya sedang meneliti sistem bagaimana untuk mengetatkan prosedur, pengambilan pekerja serta garis panduan mengenai latar belakang individu yang akan diambil untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya.
Sementara itu, mengenai pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank sebelum melarikan diri dengan wang tunai berjumlah RM450,000 dari Ambank cawangan Subang Jaya minggu lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis yakin mereka dapat menangkap suspek tidak lama lagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya kerana bimbang ia boleh menggangu siasatan.
1 ulasan:
Masaalah pengawal keselamatan yang tak jamin keselamatan ni bukan takad isue yang ada je.
Ada persoalan yang lebih mendalam-kuncinya,mithalan,dimiliki orang politik dan crony orang besear2,diarah bekas IGP.Bolih teka lah apa je jadi!!!!!
Dimana mana kita pergi yang ada pengawal keselamatan kita bolih lihat yang muda muda adalah org bangla,myanmar,nepal, indon malah ada bangsa yang tak dikenali.Bagaimana bolih berlaku????
Saya d maklumkan ikut undang2 pengawal keselamatan yang bolih guna senjata terbatas kpd bekas polis dan perajurit dan bangsa asing yang bolih di guna sabagai pengawal adalah bekas pasokan Gurkha.
Sy rasa KDN dan kerajaan MESTI kuatkuasakan peraturan ini khususnya unt pengawal yang bersenjata.Pastikan hanya bekas polis dan atm je dibenarkan dan dengan ini kerajaan dapat memastikan nilai bekas polis dan atm salepas besara.Dengan sendirinya gaji yang mesti di tampung kapada mereka tinggi sebab bekalan mereka terhad.
Tak lah susah susah bekas polis dan atm nak dapat sambungan sumber nafkah yang lumayan salepas besara sebab ada satu bidang yang dikhaskan utk mereka.Mereka terlatih dalam kemahiran senjata.
Mereka professional dalam hal ini dan saperti professional lain saperti doktor,lawyer,akuantan dll khidmat mereka mesti dibayar sasaksamanya.
Catat Ulasan