Rabu, 20 November 2013

Khalid nafi kerajaan Selangor tidak cekap

Strategi yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan rizabnya adalah melalui pengurusan dana yang teratur dan tetap.





SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan pimpinannya itu tidak cekap dalam membelanjakan rizab negeri.

Menurut Abdul Khalid, dari data terkini yang diperolehinya, rizab negeri yang telah mencecah RM2767 bilion pada 15 November lalu adalah hasil dari beberapa perkara.

“Satu, peningkatan hasil. Peningkatan hasil ialah antara lain peningkatan cukai. Kedua, pemberian dari kerajaan persekutuan dan ketiga perkara-perkara yang tidak termasuk dalam cukai tetapi (merupakan) pendapatan negeri,” jelas Abdul Khalid, ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang-Barisan Nasional Sulaiman Abdul Razak.

Tambahnya lagi, strategi yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan rizabnya adalah melalui pengurusan dana yang teratur dan tetap.

“Sebagai contoh, sebelum 2008 kita tidak ada usaha untuk memantau kos untuk pembinaan. Dan sekarang kita boleh beritahu kalau dulu kita ada belanjawanan untuk buat masjid, sekarang kita boleh tunjukkan dengan belanjawan yang sama, kita boleh buat tiga buah masjid dari buat dua buah masjid yang dibuat sebelum ini,” jelasnya lagi.

Menjawab soalan tambahan dari Sulaiman yang bertanya dari mana datangnya pertambahan cukai yang diterima kerajaan negeri, Abdul Khalid sekadar mengatakan pengurusan hasil yang direkod membantu penambahan

Abdul Khalid turut menjelaskan kerajaan negeri tidak meningkatkan cukai hasil tanah kerana bimbang ia akan membebankan orang ramai.

“Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan kita tidak dapat menaikkan hasil tanah kerana takut ramai yang berasa terbeban.

“Tapi apa yang kita lakukan ialah dengan mengutip cukai itu dengan betul,” katanya sambil menamakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan Petaling telah berjaya mencapai kutipan 95% daripada hasil yang sepatutnya yang turut menyumbang kepada peningkatan hasil kutipan cukai negeri.

Kerajaan negeri Selangor juga menyimpan rizab dalam bentuk cairan ataupun wang tunai dan bukan dalam bentuk harta seperti banggunan, jelas Abdul Khalid lagi.

Tiada ulasan: