Harga rumah naik 10% (DI SINI)
: Kerajaan baru-baru ini melalui pembentangan Bajet 2014 telah
mengumumkan pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 kelak pada kadar 6%
dengan harapan kerajaan dapat meningkatkan pendapatan dan kantung negara
sejumlah RM27 bilion.
Lantas dengan pengumuman kerajaan,
pelbagai reaksi dapat diperhatikan. Ada yang bersetuju dan ada juga
kurang senang dengan berita pengumuman GST itu. Antaranya…..
Saudara Wan Syazwan yang sedang
mengendalikan secara bersama syarikat pemaju hartanah telah berkongsi
pendapatnya seperti di bawah ini, menjangkakan harga rumah akan terus
melambung tinggi ditambah dengan pelaksanaan GST kelak. Wan Syazwan juga
merupakan seorang jurutera Petronas yang terlibat dengan aktiviti
carigali minyak.
Ikuti selanjutnya apa pandangan beliau mengenai kesan pelaksanaan GST kepada sektor hartanah di Malaysia..
Bagaimana? Bersetuju dengan pendapat Wan Syazwan ini?
GST 6% : Kesan Kepada Harga Rumah di Malaysia?
Berkenaan dengan faktor GST 6% boleh mengakibatkan harga rumah terus melambung tinggi, kurang tepat sebenarnya.
- Selama ini pun sudah bercukai
- Pertama, kos guaman arkitek consultant interior design memang selama ini pun perlu membayar 6% cukai perkhidmatan. Termasuk simen semua bahan binaan kena cukai jualan 10%
- Jadi apabila GST dilaksanakan kelak, kerajaan akan GANTI cukai jualan 10% menjadi 6%
- Yang mana consultantation fee kena cukai perkhidmatan 6%, GANTI dengan nama GST 6%
Bagi pendapat Berita Semasa, harga rumah dapat dikawal sekiranya DEMAND JATUH. Jadi bagaimana mahu jatuhkan permintaan?
Ia berkaitan dengan :
- Pertama, kerajaan Malaysia perlu mempertingkatkan sistem jaringan pengangkutan antara bandar. Jadi daripada situ, warga kota KL boleh kerja di KL tetapi menetap di Melaka, Negeri Sembilan contohnya.
- Apabila sistem pengangkutan hancur, JEM, SESAK, dek kerana ramai berbondong-bondong tinggal di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Masuk KL mesti sekitar 5:30 pagi dan 6:00 pagi. Jikalau tidak, akan terus terhimpit dengan kesesakan lalulintas.
- Belum termasuk kos minyak, masa, tol, dan sebagainya untuk keluar masuk Kuala Lumpur.
- Kedua kerajaan kena galakkan pembukaan bandar-bandar baru secara rawak berbanding tertumpu pembangunan pesat pada satu-satu pusat Kuala Lumpur sahaja. Rakyat Malaysia & pembayar cukai tidak semuanya tinggal di Kuala Lumpur, di bandar-bandar besar di Malaysia.
“Economic theory about equlibrium point. When supply over demand? What happen to price? price will drop in other to sustain at equlibrium point.”
Apa permintaan tinggi mengatasi
penawaran? Apa yang terjadi? Jadi seperti yang anda, anda semua alami
sekarang di mana permintaan rumah berkedatan dengan Kuala Lumpur
amat-amat tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan