KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak perlu memberi penjelasan di Parlimen, Isnin ini mengenai
kelonggaran Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
sehingga menyebabkan seorang pelancong dari Taiwan ditembak mati dan
isteri mangsa diculik kumpulan yang disyaki pengganas Abu Sayyaf di
Pulau Pom Pom berhampiran Semporna, awal pagi semalam.
Katanya, laporan awal menyatakan bahawa sekumpulan lelaki lengkap bersenjata tiba di pusat peranginan Mandur Pom Pom dan menyerbu restoran serta melepaskan beberapa das tembakan di pusat peranginan yang ketika itu hanya dilanggani oleh pasangan pelancong dari Taiwan itu.
Mangsa yang dikenali Lim Min Hsu, 57, terkena dua das tembak pada bahagian dada dan rusuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri mangsa, Lim Min Hsu, 57, dilarikan kumpulan bersenjata terbabit dengan sebuah bot kecil ke arah Filipina selatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.
“Pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom itu memberi tamparan hebat kepada usaha memulihkan keyakinan pelancong dan orang ramai terhadap kawalan keselamatan di Sabah selepas pencorobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, pada Februari lalu.
“Ketika pelancaran Esscom April lalu, Najib menggariskan empat strategi dan pendekatan teknikal yang akan diambil untuk memelihara keamanan dan keselamatan di sepanjang 1,400 km kawasan pesisir laut bahagian timur Sabah, iaitu meningkat kemampuan perisikan, kawalan perairan 24 jam, meningkat keupayaan negara untuk memintas ancaman dari laut dan penguatkuasaan undang-undang secara ketat, termasuk mengambil tindakan segera sebaik saja penceroboh mendarat,” katanya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah berkata, peristiwa tragik di Pulau Pom Pom pagi ini yang membawa kepada pembunuhan seorang pelancong dan pasangannya diculik menunjukkan keempat-empat strategi itu terjejas.
Beliau berkata, pembentukan dan peruntukan besar kepada
Esscom belum menghasilkan keamanan dan keselamatan di Pantai Timur
Sabah, manakala tiga matlamat Esscom yang ditetapkan Perdana Menteri
iaitu menjamin sepenuhnya keselamatan, memulihkan keyakinan orang ramai
dan memulihkan keyakinan pelancong masih terlalu jauh untuk
dicapai.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan