Isnin, 18 November 2013

Johor Catat Nilai Pelaburan Terbesar, Atasi Sarawak & Selangor

MSTAR ONLINE

 
Mohamed Khaled Nordin.
 
 
NUSAJAYA: Johor kekal sebagai destinasi pelaburan terbesar di negara ini dengan menerima RM8.8 bilion pelaburan baru dalam sektor pembuatan, mengatasi negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu, setakat Ogos tahun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan Sarawak yang menduduki tempat kedua dengan RM5.6 bilion, Selangor (RM3.49 bilion) dan Pulau Pinang (RM1 bilion).

Beliau berkata, jumlah tersebut dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut mencerminkan keyakinan pelaburan asing dan domestik terhadap prestasi ekonomi di negeri itu.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri itu di Kota Iskandar di sini Isnin.

Tiada ulasan: