OLEH EILEEN NG
Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat (PR) terus mempersoalkan kerajaan Malaysia
kerana meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor (gambar) melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru
ini yang menggambarkan “Kabinet tidak bermaruah”.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berate negara maju seperti
Amerika Syarikat (AS) juga tidak akan membiarkan isteri presiden
mewakili suami melawat negara tertentu menggunakan jet eksekutif.
"Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tidak dapat hadir
ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini. Ada dia hantar
isterinya?," katanya merujuk kepada kehadiran Setiausaha Negara AS John
Kerry ke Malaysia, bulan lalu.
Lawatan Rosmah pada 10 November ke Forum Ahli Perniagaan Wanita
Antarabangsa Qatar ke-4 menggunakan dana kerajaan itu dibangkitkan ahli
Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang
menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat mengatakan lawatan itu "demi
kepentingan negara", tetapi tidak mengesahkan atau menafikan lawatan itu
menggunakan jet eksekutif.
"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.
"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau menjalankan
tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi
Parlimen semalam.
Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen, berkata Rosmah bukan wakil rasmi kerajaan atau duta.
“Ini adalah langkah yang tidak baik di pihak kerajaan,” katanya.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata keputusan Kabinet itu
membuktikan ia merupakan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.
“Dia bukannya wakil rakyat dan memberi kebenaran untuknya terbang
menggunakan jet kerajaan merupakan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Shahidan semalam menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut
dijalankan secara telus dan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan
terlebih dahulu.
"Ia dilakukan secara telus, dipohon kepada Kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya.
Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi
manfaat kepada negara, Shahidan berkata, hasil lawatan tersebut akan
didedahkan kepada umum selepas ini.
"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.
“Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya.
Rosmah baru-baru ini menyampaikan ucaptama semasa menghadiri seminar
"Qatar International Business Women Forum" kali keempat di Doha.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Qatar dan
Rangkaian Perniagaan Interaktif, forum dua hari itu dihadiri oleh
Menteri Qatar Tenaga dan Industri, Dr Mohammed Saleh Al Sada.
Delegasi Malaysia yang hadir termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai keusahawanan
wanita dan profesional; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah,
isteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
dan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, isteri Menteri Pelajaran Kedua,
Datuk Seri Idris Jusoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan