Skuad Harimau Malaya nyata bukan tandingan buat Kuwait selepas kalah
3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Al-Sadaqua
Walsalam, Kuwait, hari ini.
Tiga gol skuad 'Al-Azraq' (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil,
Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif
Al Hashan (34') dan Khaled Ajab pada minit ke-53.
Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi
Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di
Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 November ini.
Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan
Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, empat hari
kemudian.
Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan
empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. -
Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan