Situasi di sini, berulang sekali lagi (DI SINI).
Jikalau komoditi utama negara seperti minyak sawit yang diniagakan
secara konytrak niga di Bursa Komoditi Kuala Lumpur bagi pasaran luar
negara, lain pula ceritanya apabila Malaysia beli harga gula pada
pasaran antarabangsa di mana kita Malaysia menggunakan kontrak niaga di
New York Mercantile Exachange (NYMEX) & juga Intercontinental
Exchange (ICE) di kota New York. Dipendekkan cerita….
Dan dipendekkan ceritanya disebabkan
tanaman tebu adalah bermusim, jadi kontrak gula dunia adalah bermusim
bermula dengan bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober.
Penyumbang Gula Dunia Kepada Malaysia (1.3 Juta Setahun)?
- Brazil : 47%
- Australia : 36% (milik Robert Kuok) Sumber : Raja Gula Malaysia VS Raja Gula Dunia. Milik Siapa?
- Thailand : 14%
- NIcaragua : 8%
- Malaysia : 1%
Memang benar, tiada siapa yang mampu
meramalkan samada pengeluaran gula dunia turun ataupun meningkat. Tetapi
bukankah kita ramai-ramai pakar dan penyelidik tempatan? Di mana mereka
selama ini?
Realitinya, selepas mendengar pengumuman
kenaikan harga gula yang mendadak sebegini rupa. Pasti ada yang tidak
kena dengan kontrak niaga yang dilakukan kerajaan. Tetapi……kerajaan
tidak sanggup untuk berkata benar walaupun pahit malah lebih suka
mencampak faktor kenaikan dek kerana peningkat bilangan pesakit diabates
di Malaysia.
Sejarah Kontrak Niaga Hadapan Harga Gula
- Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah ikat kontrak niaga hadapan dari tahun 2009 hingga Disember 2011 pada harga US$23.42 bagi setiap 100lbs.
- Kerajaan menawarkan sekali lagi kontrak niaga hadapan antara Januari 2012 sehingga 2014 (selama 3 tahun) dengan harga US$26.00 bagi setiap 100lbs.
Sumber asal Bernama & Mstar
Malangnya nasib tidak menyebelahi
Malaysia, apabila pengeluaran gula dunia tiba-tiba melambung tingi
selepas sahaja kerajaan menandatangani kontrak tersebut.
“Penawaran Stok gula dunia sekarang ini telah melebihi permintaan. Malah telah berlebihan”Akhirnya harga gula jatuh kepada US$18.73 per 100 lbs yang sempat Berita Semasa pada 30 Oktober 2013.
Data 8 November 2013 di Investing.com
- Malaysia beli pada harga US$26.00
- Sekarang harga gula dunia US$18.11
Malaysia rugi atau untung? Walaupun,
Berita Semasa ada sedikit galat apabila lambakan pakar-pakar di Malaysia
dan pengalaman Malaysia sendiri tidak membantu penyediaan kontrak niaga
yang lebih munasabah berbanding sekarang sehingga Malaysia menanggung
kerugian yang tinggi, Berita Semasa tetap menyedari ia satu permainan
dalam urusniaga kontrak hadapan. Ianya juga berlaku dalam kontrak niaga
hadapan bagi kebanyakan komoditi Malaysia.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa paling
terkilan apabila kerajaan tidak memberitahu kepada rakyat Malaysia
faktor yang sebenar-benarnya, di mana kerajaan hanya mengambil jalan
mudah dengan cuba “menghalalkan”
keputusan kenaikan harga gula di mana kesalahannya di letakkan di atas
nama penyakit diabetes yang dilihat begitu serius oleh rakyat Malaysia.
Realitinya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan