Berita cerita 23 remaja hilang di Villa
Nabila Johor Bahru (JB) : Sekarang tersebar luas di Internet terutamanya
di Facebook dan blog Malaysia dikatakan seramai 23 remaja hilang
daripada 30 orang remaja yang telah masuk ke Villa Nabila, Johor Baru
pada 18 November 2013. Sehinggakan…..
Ada cerita yang mengatakan 23 remaja yang hilang didakwa telah disorok oleh hantu (makhluk halus yang menghuni Villa Nabila, Johor Bahru itu). Itu kata mereka…..
Berita & tersebarnya cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru telah menyebabkan jalan sesak di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay dek kerana penyebaran cerita dan kisah 23 remaja hilang ini.
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa
terhadap laporan & kenyataan rasmi pihak polis sehingga ke sekarang
ini hanya menerima 1 laporan polis mengenai kehilangan anak mereka.
Persoalan Berita Semasa yang lain, Kemana perginya 22 keluarga lain??
Gambar Remaja Hilang di Villa Nabila Johor Bahru?
Laporan
tepat yang Berita Semasa perolehi adalah di mana Timbalan ketua Polis
Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh mengatakan, remaja
berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan
tidak pulang sehingga ke hari ini selepas remaja berusia 16 tahun
dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, Johor Bahru (JB)
berkenaan bersama beberapa rakannya.
Ibu kepada remaja hilang di Villa Nabila
Johor ini, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun telahpun membuat laporan
polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013
(isnin)
Gambar Sekitar Kejadian Kisah Kehilangan Remaja di Villa Nabila Johor Bahru?
P/S : Jadi, nasihat Berita Semasa untuk
mengelakkan keadaan tidak senang seperti yang berlaku sekarang,
lebih-lebih lagi pelbagai versi cerita dan kisah berkenaan kononnya
misteri 23 remaja yang hilang ini, nantikan sahaja tindakan dan
pengesahan daripada pihak polis sendiri.
1 ulasan:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029#.UooC9sS7Gl4
Catat Ulasan