Rabu, 6 November 2013

Bisnes Online Kena GST 6%. Perniagaan Internet Tidak Terkecuali Bayar Cukai!

   
bisnes online gst


Berapa ramai anda di sini yang ada buat samada ada part time atau pun full time bisnes online? Sebab? Jimat masa, jimat minyak, dapat menjimatkan kos operasi dan tidak lupa juga berpeluang untuk lari daripada membayar cukai (opps!!) di mana dengan bisnes online sekurang-kurang dapat menambah pendapatan seharian bagi menampung lonjakan kos sara hidup di Malaysia ketika ini. 

Walaubagaimanapun…..

Walaubagaimanapun, bermula tidak lama lagi bermula April 2015 lebih ramai usahawan internet yang menjalankan bisnes online dan perniagaan Internet akan menjadi pelanggan kepada pihak Kastam bagi membayar cukai GST bagi setiap aktiviti perniagaan mereka.
  • Jikalau sebelum ini ada perkhidmatan bercukai, ada juga perniagaan yang terlepas daripada membayar cukai
  • Selepas ini lebih ramai yang akan “terkena” bagi menyumbang sebahagian kecil pendapatan terbaru kerajaan yang dianggarkan sejumlah RM25 bilion – RM27 bilion.

 

Cara Kesan Bisnes Online & Perniagaan Internet Anda?

  • Melalui pendaftaran syarikat anda di SSM bagi bisnes online dan perniagaan Internet anda
  • Ada mengambil geran SKMM RM1000 untuk membantu mendapatkan modal awal dalam bisnes online
  • Transaksi yang berlaku dalam akaun bank anda
  • Di mana seperti yang dilakukan sekarang, akan dipilih secara rawak audit peniaga online di Malaysia

 

Antara Pelaksanaan GST Terhadap Bisnes Online?

  1. Peniaga bisnes online perlu mengeluarkan invois  bercukai kepada pelanggan dan boleh menuntut bayaran balik GST dalam input perniagaan mereka
  2. Semua wajib membayar cukai dan tiada pengecualian dengan kadar GST 6%
Bagi Berita Semasa, pastinya kalangan pelanggan bisnes online akan menerima kesannya. Pelaksanaan GST ini sebenarnya tidak banyak beza dengan sistem “sales & service tax” yang lama. Cumanya, cara graf tunjuk sistem yang bakal digunapakai akan bertingkat-tingkat, sedangkan SST lama hanyalah dikenakan sekali sahaja.

Peniaga Bisnes Online yang menjual barang dalam pasaran domestik, termasuk dropshipper contohnya & penjual barangan fizikal yang akan menerima kesannya. Apa pendapat anda dengan pelaksanaan GST terhadap anda sebagai peniaga bisnes online atau pelanggan barangan di Internet?

1 ulasan:

Unknown berkata...

maaf ...saya nak bertanya...kalau saya merujuk kepada artikel BH tu nampak macam semua business online kena bayar GST....tapi saya cuba mencari didalam senarai website kastam Malaysia...tapi malangnya tak jumpa pun ...yang ada hanya peniaga DIRECT SELLING...bolehkah anda berikan satu rujukan (link) dari GST kastam yang merujuk kepada artikel anda itu???

rujuk http://gst.customs.gov.my/en/rg/Pages/rg_pic.aspx