Ahad, 3 November 2013

Anwar selar Najib berdiam diri isu pengintipan Amerika dan Australia


anwar najib


SHAH ALAM : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung pengintipan oleh Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain ke atas Malaysia.

Anwar berkata, tindakan berdiam diri Najib Razak itu dipersoalkan tatkala German, Brazil dan Sepanyol yang berhadapan situasi pengitipan sama turut menyatakan suara bantahan terhadap tindakan itu.

Beliau berkata, secara rahsia memintas komunikasi ke atas sesebuah negara yang dianggap ‘hubungan-hubungan hangat dan mesra diplomatik’ adalah satu pecah amanah serius dan sama sekali tidak boleh diterima.

“Mengejutkan dan memeranjatkan. Satu pecah amanah serius dan tidak boleh diterima sama sekali ,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaannya serta suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi “STATEROOM” dan turut melibatkan Britain dan Kanada yang didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi itu.

Tiada ulasan: