Sabtu, 23 November 2013

Adik Beng Hock sebak ketika beri keterangan

 

 

Dengan linangan air mata, Teoh Lee Lan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendengar perbicaraan saman cuai terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kematian mendiang abangnya, Teoh Beng Hock.

teoh beng hock supporter protest at selangor macc 070412 teoh lee lan crying 02Lee Lan (kiri) , 33, bergenang air mata di kandang saksi ketika Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad bertanya kepadanya mengenai kehamilan tunang Beng Hock - Soh Cher Wei - pada masa kematian abangnya itu.

Beliau merupakan saksi ke-11 dalam saman cuai terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana mengakibatkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.

Pada hari Selasa ketika kakak ipar Soh memberi keterangan, dia juga tidak dapat menahan air matanya.

Sementara itu, Lee Lan pada mula kelihatan tenang ketika beberapa kali meminta Azizan memperjelaskan soalan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun keadaannya berubah apabila soalan yang dikemukakan oleh Azizan beralih mengenai Soh dan berapa lama Lee Lan tahu kehamilannya, menyebabkan dia sebak dan tidak dapat menahan air matanya.

Dia kelihatan mengesat air matanya semasa menjawab soalan itu selama kira-kira 20 minit, dan pada masa yang sama meminta Azizan supaya tidak "memutarbelit " soalannya.

"Saya telah banyak kali memberitahu anda, Beng Hock menghantar SMS dan memberitahu saya tentang kehamilan Soh , dan saya hanya tahu (Soh) mengandung dua bulan selepas kematiannya, " katanya.

Tiada ulasan: