MALAYSIA KINI
MIC
hari ini senada dengan rakan BN-nya MCA apabila meluahkan perasaan
terkejutnya terhadap rang undang-undan berkaitan penukaran agama
kanak-kanak.Bendahari MIC Kebangsaan Jaspal Singh berkata, perkara itu tidak dapat diterima dan mereka tidak dibawa berunding berhubung perkara itu.
Beliau merujuk kepada Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada Rabu lalu.
"(Pindaan) ini paling berbahaya, subversif dan klausa antiperlembagaan entah bagaimanapun dimasukkan dalam rang undang-undang.
"Jelas sekali tiada perunding-perunding dengan pihak berkaitan, jika tidak kita akan akan ketengahkan ketidakadilan dalam klausa berkaitan," katanya dala m kenyataan hari ini.
Katanya, menukar agama kanak-kanak tanpa persetujuan kedua ibu bapa bertentangan dengan prinsip keadilan asasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan