Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Pengundi Kuala Besut berpeluang untuk menukar
kerajaan negeri di Terengganu dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam
pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin ALi berkata, pengundi di
DUN Kuala Besut wajar memanfaatkan sebaiknya dengan menunjukan kuasa
sebenar mereka.
“Kita sudah beri peluang pada Umno-BN di Terengganu pada penggal
lalu. Tiada perubahan besar untuk rakyat. Maka amat penting rakyat
menghantar mesej jelas.
“Masa depan Terengganu bukan ditentukan Umno, tetapi kuasa rakyat.
“Gunakanlah kuasa itu sebaiknya,” katanya ketika ditemui
Keadilandaily pada program ‘Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa’
bersama Timbalan Presiden KEADILAN, di NZ Curry House, KLCC semalam.
Beliau menjangka BN akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan
kerusi berkenaan, apatah lagi ia melibatkan risiko kehilangan kuasa
pentadbiran di negeri itu.
“Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri.
“Bagi Pakatan Rakyat, ia amat perlu untuk kita membentuk sebuah
kerajaan negeri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan semula
kerusi berkenaanm,” kata Azmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan