Ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran,
sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai
pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau
agensi kerajaan.
Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan
ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah
Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji,
Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The
Malaysian Insider.
Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di
GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.?
Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri
Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk
Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez
Abdul Rahim.
Terdapat pelbagai sebab mengapa ahli-ahli politik ini diberi
ganjaran. Sesetengahnya seperti Raja Nong Chik yang kalah dalam pilihan
raya 5 Mei akan tetapi dilihat oleh Najib sebagai sekutu dan calon pada
pilihan raya umum akan datang.
Sementara Abdul Azeez dari Putera Umno menang sebagai ahli Parlimen akan tetapi tidak dilantik ke dalam kabinet.
Terdapat juga yang bakal diberikan ganjaran kerana tidak membuat
bising apabila diminta memberi laluan kepada bakat baru dalam Pilihan
Raya 2013.
Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakan terlalu
ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan
menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan
yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi
syarikat-syarikat tersebut.
Akan tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab –
barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya semenjak pilihan
raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini.
Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi
bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai
calon diberikan oleh eksekutif-eksekutif GLC itu.
Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakan sebagai
calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh
besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir,
golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen
mereka.
Beberapa ahli politik Umno telah diberikan jawatan kanan di GLC dan
agensi kerajaan termasuk Datuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan oleh
Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.
Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik menjadi timbalan pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan