KELAB GREENBOC
Sekumpulan NGO semalam telah membuat lima tuntutan, termasuk mendesak kesemua anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan mereka di atas dakwaan wujudnya keraguan dan berlaku penipuan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), melibatkan 25 NGO berkata mereka merasa dukacita di atas dakwaan berlaku penipuan dan membuat tuntutan-tuntutan berikut:
* Perletakan jawatan serta-merta anggota SPR;
* SPR dijadikan sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen;
* Sebuah jawatankuasa melibatkan semua parti dibentuk untuk membersihkan daftar pemilih;
* Pindaan perlembagaan dilakukan, supaya prinsip “satu orang satu undi” diperkenalkan
* Mendesak satu pembaharuan besar-besaran terhadap sistem proses pemilihan proses bagi mengatasi beberapa isu berkaitan persekongkolan, dan perlaksanaan terhadap sebuah manual yang absah ke atas sistem komputerasi bagi menjamin kredibiliti ke atas proses dan melindunginya dari sebarang bentuk penipuan.
“Orangramai jelas sudah hilang keyakinan terhadap SPR dan daftar pemilih. Jika mereka mahu mengekalkan professionalima mereka, mereka perlu berundur,” kata Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH , Tan Yew Sing, yang juga merupakan anggota gabungan.
Tan menekankan tuntutan mereka terhadap keperluan jawatankuasa dibentuk untuk pembersihan Daftar Pemilih.
“Kami sebagai NGO amat gembira untuk membantu parti-parti politik dari kedua-dua pihak bagi melakukan pembersihan Daftar Pemilih berkenaan,” katanya di sidang konferens di KLSCAH.
Pertubuhan IKRAM Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Bertindak Bagi Hak Kaum India (NIAT) dan Persatuan Tindakan Wanita (AWAM) adalah diantara NGO yang menyertai gabungan berkenaan.
Adil untuk tuntut perletakan jawatan
Setiausaha Agung IKRAM Zaid Kamaruddin kerata menjadi satu kelaziman untuk pihak berkuasa di dalam negara-negara lain untuk meletakkan jawatan mereka setelah wujud dakwaan keraguan dan penipuan.
“Melihat kepada semua dakwaan keraguan dan penipuan semasa pilihanraya umum 5 Mei lalu, saya rasa adil untuk meminta anggota SPR untuk meltakkan jawatan mereka kerana mereka perlu bertanggungjawab terhadap keseluruhan pemilihan,” tambahnya.
Presiden NIAT Thasleem Ibrahim berkata SPR gagal menjalankan tan ggungjawabnya kerana beberapa isu telah ditimbulkan sejak pilihanraya umum 2008.
“Apa yang SPR lakukan untuk melindungi daftar pemilih apabila mahkamah sendiri pernah memutuskan terdapat ribuan pengundi hantu yang membolehkan berlaku lebih banyak penipuan? Lansung tak ada!” bentaknya.
“Oleh kerana mereka tidak tahu nak jalankan tugas merekayang menyebabkan timbul banyak aduan penipuan, anggota SPR perlu akui kelemahan dan kesilapan mereka dan letak jawatan secdara terhormat,” tambahnya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan