Harakahdaily,
KUALA LUMPUR:
Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah
yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri
Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.
Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.
Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik “hitam” di dalam negara.
Ini, tambahnya seperti yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan “Black 505” di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan “Black 505” di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.
Penasihat DAP itu berkata, rakyat Malaysia terutamanya orang muda tidak mengira kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka untuk menentukan masa depan politik negara.
Pertama, katanya majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.
“Kedua, sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam negara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.
Ketiga, tambah Lim Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah lagi ketidakabsahan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.
“Ia bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan