Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mengekalkan budaya lama Umno dan tiada transformasi, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Katanya, kebanyakan barisan menteri yang dipilih Najib di kalangan mereka yang tidak akan membawa pembaharuan kepada sistem kerajaan.
“Kebanyakan mereka adalah orang lama yang tidak akan membuat pembaharuan kepada sistem sedia ada.
“Pemilihan ini tidak ada transformasi dan bukan ‘Kabinet seimbang’ seperti yang dikatakan Najib,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, dengan barisan kabinet tersebut, dasar kerajaan akan berada di takuk lama dan setiap jabatan pula diketuai orang Umno yang sememangnya berkuasa.
“Langsung tak nampak apa yang dikatakan (Najib) sebagai seimbang. Dasar kerajaan tetap sama kerana setiap jabatan kerajaan masih diketuai orang Umno yang sudah lama dan sememangnya berkuasa,” bidas Ahli Parlimen Batu itu.
Najib mengumumkan barisan kabinetnya secara langsung melalui TV jam 5 petang tadi dengan menyenaraikan 30 jawatan menteri dan 27 timbalan.
Kementerian Kewangan tetap diterajui Najib, begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yasin yang masih mengetuai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
Kementerian Pertahanan diketuai Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertukar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Datuk Seri Anifah Aman kekal sebagai Menteri Luar Negeri, begitu juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang masih dipegang Datuk Shafie Apdal.
Turut menjadi perhatian, pelantikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan serta, pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin MCA dan Gerakan dimasukkan dalam kabinet yang diumumkan Najib.
Berikut senarai penuh Kabinet Najib yang baru:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan PM dan Pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yasin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Joseph Kurup
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul Low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
P Waythamoorthy
Datuk Razali Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh
Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Pertahanan: Datuk Seri Hishamudin Husein
Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pemangku)
Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Luar Negara: Datuk Seri Anifah Aman
Kerjaraya: Fadilah Yusof
Kesihatan: Dr S Subramaniam
Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Sumber Manusia: Richard Riot
Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi: Hassan Malik
Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamad
Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin
Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk G Palanieval
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Maximus Ongkili
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Shafie Apdal
Industri Pertanian dan Komoditi: Douglas Uggah Embas
Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar: Abdul Rahman Dahlan
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat: Rohani Abdul Karim
Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan