TERKINI
KUALA
LUMPUR— Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei
kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib
Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim
Zainuddin.
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan
populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua
pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim (gambar) mengatakan sebagai pendekatan salah.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah
strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah
pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama
dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,”
kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang
disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri
ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka
dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
Biar Anwar
jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan
penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak.
Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak
ini dan jangan main permainannya.”
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga
mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi
bandar serta kerusi majoriti Cina.
“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah
kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya
tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga
persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”
“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk
dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah
anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap
banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya
hampir pasti,” kata beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO
politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak
menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar
beberapa minggu menjelang hari mengundi.
“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka
fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada
kebajikan.
“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa
diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan
wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan
free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius.
Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30
kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya
memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati
rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan,
inflasi, miskin kota dan graduan muda.
“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri
makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali
mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.
Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan
dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah
dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20
kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima
daripada 22 kerusi Parlimen.
Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan
raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak
menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada
Daim kemenangan BN di kerusi di sana.
“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari
Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan
dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak
faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang
Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin
Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.
“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata
terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di
kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai
kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh
menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.
“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan
ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh
menang,” kata Daim.
Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN
Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat
pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.
“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari
sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN.
Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan
mesti dilihat bersatu.
“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka
menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada
tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India
di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita
kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan