KUALA TERENGGANU— Polis Terengganu telah memanggil dan
merekodkan keterangan 10 individu yang terbabit dalam perhimpunan di
Kuala Ibai, di sini Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
negeri ACP K. Manoharan berkata mereka termasuk individu yang
dipercayai penganjur perhimpunan itu.
Polis akan memanggil
beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan
mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya ketika
dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Menurutnya polis akan
menyerahkan laporan siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja
siasatan itu lengkap untuk tindakan lanjut.
Khamis lalu, ribuan
orang ramai dengan majoritinya golongan muda membanjiri Markas PAS
Kuala Ibai bagi menyertai perhimpunan kononnya untuk membantah keputusan
pilihan raya umum ke-13.
Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin
pembangkang termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan