Roketkini.com
KUALA
LUMPURI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’,
kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk
menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan
tidak munasabah dan memalukan.
Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha
Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan
selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.
“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia
bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih
murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP
Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai
daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan
memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang
pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.
Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR)
berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat
selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.
“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima
peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai
juga sangat sedikit.
Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha
seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu
adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan
syarikat penjualan kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan