Kejayaan tidak semesti membawa
apa yang kita hajati seratus peratus. Kejayaan UMNO menjadi pemerintah selama
lebih lima
dekad dahulu akhirnya menjadikan UMNO itu gagal menjadi pengurus kepada
kejayaannya. Sebenarnya itulah kegagalan UMNO yang paling besar. Kejayaan besar
yang begitu lama dialami oleh UMNO itu telah membawa masalah besar, bukan
sahaja kepada rakyat ramai tetapi juga kepada parti itu sendiri.
Kalau dinilai betul-betul
kemenangan UMNO dan BN selama ini bukannya terhasil dari kerja baik mereka
tetapi disebabkan oleh kuasa ‘incumbency’ yang ada kepada mereka. UMNO telah
gagal untuk menjadi parti yang diurus dengan baik kerana kepada pimpinannya ia
tidak perlu berbuat baik kerana rakyat akan mengikut sahaja kepada siapa yang
menang.
Tetapi sejak sepuluh tahun lalu
nampaknya keadaan begini sudah berubah kerana rakyat semakin hari semakin
bertambah sedar dengan apa yang berlaku disekeliling mereka dan ditambah pula
dengan gerakan oleh pihak pembangkang yang begitu kuat. Pembangkang telah
menggunakan isu rasuah dan isu besar yang lain yang sudah dirasakan oleh rakyat
untuk menjatuhkan kekuasaan UMNO itu.
Keadaan ini ditambah pula dengan
gerakan oleh Anwar Ibrahim yang menggunakan keresahan ramai rakyat ini untuk
menentang kerajaan melalui demokrasi iaitu melalui pilihanraya. Maka Anwar
menjadi ikutan pihak yang muda-muda untuk menekan kerajaan dalam pilihanraya 13 yang
lalu walaupun jika disingkap dengan serius Anwar juga mempunyai masalah untuk
menjadi pimpinan alternatif kepada pimpinan BN itu.
Jika UMNO betul-betul berjaya
menguruskan kejayaan mereka secara baik, tidak mungkin Anwar dan kumpulannya
itu dapat sokongan dari ramai. Semasa inilah kaum Cina juga ‘swims with the
flow’ dan terus menyatukan kaumnya untuk bersama-sama menentang segala hasil
kegagalan UMNO untuk menguruskan kejayaan mereka.
Kaum Cina dan penduduk bandar dan
sekitarnya telah bergerak untuk memberikan tentangan terhadap kegagalan UMNO
dan sekutunya dalam kerajaan menjaga rakyat dan negara. bagi menghidupkan
semangat penentangan itu maka pihak pembangkang telah mengambil kesempatan dengan
isu rasis yang selalu dimainkan oleh BN dan UMNO. UMNO dianggap oleh semua yang
menentang sebagai pihak yang rasis dan isu rasis ini sangat berkesan dimainkan
oleh pihak Pakatan Rakyat.
Sekarang semua penyokong Pakatan
Rakyat memainkan isu yang UMNO dan BN itu rasis sehinggakan yang bercakap
tentang isu rasis itu pun tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Dr
Mahathir telah memainkan isu perkauman dengan begitu lantang dan disokong pula
oleh NGO seperti Perkasa. Berbagai-bagai cara telah dimainkan isu perkauman
itu.
Maka terhasil lah situasi yang
begitu kuat menentang terhadap BN kerana isu rasis ini. Baik dari PKR atau DAP,
isu ini dimainkan dengan begitu kuat dan ramai rakyat dibandar menentang isu
perkauman yang diperbesarkan oleh UMNO dan sekutunya itu. PR mendapat
keuntungan di sini.
Tetapi didalam penentangan rakyat
terhadap isu rasis yang dimainkan oleh BN itu, maka mereka terlupa untuk
memerhatikan kelemahan dan keadaan sebenarnya yang berlaku di dalam gabungan
Pakatan Rakyat itu sendiri. Penentangan yang terlalu ‘obsessive’ itu telah
menyebabkan pihak yang menentang isu perkauman ini terlupa yang dipihak Pakatan
Rakyat ini sendiri ada isu yang sama.
Ada parti dalam PR yang hanya mempunyai dua
orang perwakilan melayu didalamnya walaupun parti itu mempunyai 93 orang yang
memenangi kerusi Parlimen dan DUN-DUN di seluruh negara. Ini adalah di sebabkan
terlalu kuat tumpuan terhadap isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO
sehinggakan isu yang sama juga wujud dengan begitu ketara. Maka apa yang
dikatakan sebagai perjuangan ‘multiracial’ itu akhirnya terbukti hanyalah isu
politik semata-mata dan bukannya isu perjuangan lagi.
Begitu banyak kiriman email yang
saya terima dari rakan-rakan berbilang kaum yang mempersoalkan isu ini tetapi saya
memilih untuk tidak menjawabnya kerana saya sesungguhnya tidak tahu jawapannya.
Saya hanya memberitahu dalam beberapa jawapan yang saya berikan supaya kita
menumpukan terhadap isu petisyen terhadap keputusan pilihanraya dahulu. Isu itu
biarkan dahulu.
Saya mengatakan kita hendak lihat
yang Mahkamah benar-benar berfungsi sebagai pengadil yang jujur dan jika
kedapatan penipuan yang dituduh itu wujud kita wajar melakukan sesuatu untuk
memperbetulkannya. Setakat itu sahaja yang dapat saya menjawabnya.
Pendeknya, kita masih terbelenggu
dengan isu perkauman yang menebal dan isu ini entah bila akan dapat diselesaikan
oleh kita semua. Isu ini relevan kepada kedua-dua belah pihak dan tidak ada
pihak yang berkelayakan untuk mengeluarkan isu perkauman itu menjadi isu
politik masing-masing.
Mungkin itu lah sebabnya
keputusan pilihanraya baru-baru ini telah memberikan kemenangan kepada
kedua-dua belah pihak. BN berjaya mendapat kemenangan jumlah kerusi dan pihak
Pakatan Rakyat pula telah mendapat kemenangan dari undi popular sahaja.
Keadaan ini adalah jawapan kepada
situasi dalam mana kedua-dua belah pihak belum lagi berkelayakan untuk mendapat
kemenangan mutlak dari rakyat. Keadaan ini akan menambahkan keyakinan kita bahawa
dalam perjuangan (jika ada) ketentuan bukannya boleh dibuat oleh kita sendiri,
tetapi ketentuan itu datangnya dari ‘nature’ yang penuh dengan keadilan dan
hikmah dalam segala-gala yang diputuskannya.
Hanya kita sahaja yang selalu
mengaku kuat dan boleh menentukan segala-galanya tanpa ‘campur tangan nature’
itu. Kita selalunya lupa daratan apabila berhadapan dengan penyokong yang
puluhan ribu yang berada dihadapan kita sehinggakan kita merasa angkuh dan
terlupa kepada diri kita sendiri.
Apabila kita disentak dengan
kejutan kegagalan, maka disalahkan semua yang lain kerana kegagalan kita itu. Tetapi
kita juga faham bagaimana perasaan yang gagal ke Putrajaya itu sedangkan sehari
dua sebelum itu mereka sudah terasa seperti sudah berada di Putrajaya. Kita telah
mendengar banyak amaran yang diberikan terhadap banyak pihak yang mereka akan
diambil tindakan dan berbagai-bagai ancaman lagi.
Selalu kita terlupa seolah-olah kekuatan yang ada kepada kita itu adalah kekuatan kita sendiri. Kita merasakan seolah-olah tiada apa yang lebih kuat dari kita. Terlupa yang kuasa Tuhan itu Maha Perkasa dan penentu kepada segala-galanya.
Selalu kita terlupa seolah-olah kekuatan yang ada kepada kita itu adalah kekuatan kita sendiri. Kita merasakan seolah-olah tiada apa yang lebih kuat dari kita. Terlupa yang kuasa Tuhan itu Maha Perkasa dan penentu kepada segala-galanya.
Elok masing-masing melakukan
introspeksi terhadap diri kita sendiri secara intensif. Insyallah, akan
mendapat jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan