Ahad, 5 Mei 2013

Baucar wang untuk pengundi Lembah Pantai

 


 
Saksi di Lembah Pantai, antara Parlimen terpanas di negara ini, mendakwa BN memberikan wang tunai sebagai balasan kerana mengundi parti itu.

Menurut pembantu kepada penyandang kerusi itu Nurul Izzah Anwar, kejadian ini berlaku di Sekolah Rendah Agama Seri Pantai dan SK Bangsar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

NONEFahmi Fadzil (kanan) mendakwa, beliau dimaklumkan, kira-kira 20 hingga 30 orang mengerumuni khemah BN di dua tempat dan kelihatan mengutip baucar.

"Semakan mendapat baucar itu dikeluarkan oleh 'jabatan pengundi luar' dan boleh ditebus untuk wang tunai antara RM50 hingga RM200 di Flat Seri Pantai.

"Ini cubaan besar untuk membayar orang ramai supaya mengundi parti tertentu," dakwanya.

Beliau juga mendakwa mendapat maklumat itu daripada pengundi prihatin yang menggambarkan gambar kepadanya melalui telefon.

Tiada ulasan: