Jumaat, 24 Mei 2013

Azmin : Kehadiran "Giant Killer", "Iron Lady" PKR kukuhkan agenda parti

JAMILAH HAMZAH

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan kehadiran kedua-dua "Giant Killer" dan "Iron Lady" akan memperkukuhkan agenda anak muda dan wanita di Dewan Rakyat pada penggal ini.

Menurutnya, gabungan Ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka bakal menggegarkan perbahasan di Parlimen.

"Kita baru pulang dari “medan perang”.  Alhamdulillah, semangat anak muda dan wanita terus membara dan istiqamah membawa panji PKR dan menyemarakkan semangat reformasi.

"Saya yakin agenda anak muda dan wanita akan diperkukuh dalam Dewan Rakyat dengan terpilihnya  Shamsul Iskandar  dan Zuraida sebagai ahli parlimen bersama beberapa tokoh muda yang lain.

" Inilah kali pertama Ketua AMK dan Ketua Wanita PKR akan bersama dalam Dewan Rakyat," katanya ketika berucapa pada perasmian Kongres Nasional PKR ke-9, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu turut menunjukkan Selangor dimenangi oleh golongan muda seperti Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), G. Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang).

Mengulas lanjut perkara itu,  Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tenaga muda yang bertanding pada PRU13 lalu telah memberi corak baru dalam polar pengundian.

Sehubungan itu katanya, kepimpinan parti perlu memberi peluang dan dorongan kepada golongan muda yang telah membuktikan kejayaan mereka pada PRU13, 5 Mei lalu.

Tiada ulasan: