Isnin, 27 Mei 2013

Anwar: 'Blackout 505' akan diteruskan

JAMILAH HAMZAH

Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Walaupun siri himpunan 'Blackout 505' yang diadakan semakin kurang sambutan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan terus mengadakan himpunan tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: