Zainal Abidin Noor
Sebuah
filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana
dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.Filem ini menempah
kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur
perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969,
satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.Peristiwa 13 Mei
adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu
dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam
lipatan sejarah tanah air.
Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.
Separuh
dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai
oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).
Pengkritik
menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang
menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada
penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.
Motif
filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah
pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali
sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.
Sebagai
satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang
Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap
orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.
Mesej Umno
mudah: “Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan
kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu.”
Kuasa politik
Kuasa politik
Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah ‘payung’ Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.
Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.
Maka
dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang
didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di
negara ini.
DAP
dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah
diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.
Suasana
kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau
menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin
keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus
berkembang maju dalam perniagaan.
Keadaan
ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan
api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat,
terutama di kalangan orang-orang Melayu.
Namun
rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang
jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT
dan media baru mula sedar.
Generasi baru
Generasi
baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau
keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi
pemikiran mereka.
Seperti
rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor
Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan
menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna
kuasa pihak pemerintah.
Hakikat
inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan
semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk
itu.
Tidak
pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para
pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi
pilihan raya umum 2008.
Buat
pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari
lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor –
jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas
kembali.
Tetapi
Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti
menerbit filem ‘Tanda Putera’ ini, termasuk filem dan video lucah dan
porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal
‘nyawa-nyawa ikan’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan