KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR i: Tindakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersenda mogok lapar di Kem Kamunting menunjukkan pemimpin Umno tidak sentitif terhadap penderitaan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sambil mengecam perbuatan itu, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata Menteri Dalam Negeri itu sebenarnya mengejek tahanan berkenaan.
“Kenyataan itu langsung tidak berperikemanusian dan tidak sensitif terhadap situasi tahanan dan ahli keluarga mereka.
“Inikah sikap menteri hingga tergamak membuat kenyataan yang tidak menunjukkan sikap keprihatinan seorang pemimpin,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas paparan twittter Hishammuddin iaitu: ‘Pilihan mereka, lamb chops pilihan aku ‘ ketika memberi reaksi terhadap seorang pengguna lain mengenai mogok lapar itu.
Aishah turut mempersoal penahanan mereka sedangkan Perdana Menteri sudahpun mengumumkan pemansuhan akta itu pada sambutan Hari Malaysia 16 September tahun lalu.
“Jika kerajaan malaysia ada bukti kukuh mengenai kesalahan mereka, maka kerajaan seharusnya mendakwa mengikut undang-undang sedia ada.
“Jangan ulangi sikap biadap terhadap rakyat dan Srikandi KEADILAN mendesak agar semua tahanan ISA 45 dibebaskan segera,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan