Isnin, 30 Julai 2012

Muhyiddin datang dan nampak, namun tak berdaya: Anwar mementerai PERINTAH BARU SABAH

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



Muhyiddin Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya.

Bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain - bahawa keputusan untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing "telah dijangka" dan "tiada siapa yang lebih penting daripada parti".

"Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, "naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle.

Pakatan Rakyat - dimana PKR adalah salah satu ahlinya - telah berunding dengan Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan.

"Saya mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat," kata Tian.

Anwar yang menjadi penghubung


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang 'malu' terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan.

Wilfrid, Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan "reformasi" pada 1 tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya.

Bakal dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan peribadi mereka.

Sementara itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar.

Anwar yang berusia 64 tahun sering dipanggil "gam" yang melekatkan parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008.

Ia telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen.

Ia juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk merasakan sistem politik 'dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang "dua pertiga" monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik.

Anwar yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad.

Populariti Umno semakin menyusut


Dalam kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman.

Penurunan sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu.

Kini, dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti.

Tidak lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini," Bernama melaporkan kenyataan Najib.

Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi?


Semua sedang menanti sama ada Najib akan ‘flip-flop’ pada petunjuknya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena.

Selain daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan sekarang.

Rasuah, perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan "jahat" ini.

Pencabar Najib berkata sekarang "sudah terlambat" dan sekarang tiada siapa yang peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti .

"Kami sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013," kata Tian.

"Saya yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang betul."Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: