Editor Buletin
KUALA TERENGGANU
– Dalam keadaan rakyat merintih, seinci demi seinci tanah-tanah milik
mereka ‘dirampas’ kerajaan Umno dan Barisan (BN) Terengganu, wakil-wakil
rakyat terus menerima habuan masing-masing.
Selepas beberapa minggu lalu didedahkan ADUN Ajil Dato’ Rosol
Wahid dan ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Ismail mendapat ‘bahagian’
masing-masing, ADUN Chukai, Dato’ Awang Tera pula dilaporkan menerima
habuan seluas 2 hektar, lebih dari 5 ekar.
Dengan keluasan itu,
ditaksirkan, Awang Tera akan meningkatkan kekayaannya menokok sebanyak
RM3 juta ringgit lagi sekiranya tanah bahagiannya itu dinilai mengikut
harga tanah semasa di kawasan terbabit.
Sementara itu, Pengerusi
Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong
berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah
pimpinan Menteri Besarnya Dato’ Seri Ahmad Said, memang sudah
benar-benar melampau.
Mendedahkan
‘rampasan’ tanah rakyat terbaru, beliau yang juga bekas Ahli
Jawatankuasa Umno Kuala Nerus menyifatkan pemimpin Umno sekarang sudah
tidak peduli dengan rakyat.
“Bagaimana kita nak kata ‘janji
ditepati’ atau ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sedangkan
wakil-wakil rakyat boleh tanah seluas-luasnya,
“pada masa yang sama tanh-tanah rakyat dirampas atas kepentingan peribadi, individu dan syarikat kroni,”tegasnya ketika ditemui.
Beliau
berkata kerajaan telah meluluskan tanah seluas hampir 30 hektar untuk
diberikan kepada Syarikat Imbuhan Pelangi, sebuah syarikat milik ‘orang
kuat Umno’ Kuala Nerus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan