Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan
buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
Dalam pada itu, salah seorang peguam Zunar, N. Surendran berkata, kemenangan ini membuktikan kerajaan tidak munasabah dengan merampas dan menyimpan koleksi buku kartun beliau selama lebih dua tahun.
“Kami terima baik keputusan mahkamah. Itu jelas menunjukkan kerajaan berniat jahat sebelum ini berhubung penangkapan dan rampasan buku sewaktu Zunar sedang melancarkannya.
“Mereka cuba menghentikan karya Zunar yang mengandungi kritikan terhadap kerajaan,” kata Surendran.
Zunar turut diwakili oleh Fadiah Nadwa Fikri.
Dipetik Keadilan Daily, Surendran berkata, rayuan akan dibuat berhubung keputusan mahkamah yang memutuskan penangkapan Zunar adalah sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan