KEADILAN DAILY
Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sekalipun pernah berada di pentas ‘glamour’, mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera.
Malah, ketiga-tiga artis itu turut memberi ucapan ringkas termasuk mengutuk kezaliman yang diamal regim Umno BN melalui ISA.
Peserta demontrasi juga membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai simbol protes.
Sebelum ini, Najib membuat pengumuman memansuhkan ISA tetapi tahanan sehingga kini, tidak dibebaskan manakala sepupunya pula mempersenda mogok lapar melalui twitternya.
Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, kesal kerana tahanan yang mengadakan mogok lapar, diugut supaya menghentikan tindakan mereka, selain dihalang menemui peguam dan ahli keluarga mereka.
“Jika pentadbiran Najib enggan membebaskan ke semua tahanan ISA, kami bercadang mengadakan himpunan protes dalam masa terdekat.
“Ada peserta mogok terpaksa menghentikan mogok lapar kerana ditekan selain dinafi rawatan perubatan akibat menghidap penyakit Hepatitis B,” katanya kepada Keadilan Daily.
* Gambar sumbangan Kak Zumrah, Nashita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan