NABAWAN: Penduduk di Kg. Kawayoi, Pinangoh merasa kesal kerana syarikat pembalak yang masih beroperasi di kawasan itu tidak membaiki jalan yang menghubungkan kampung itu keluar ke jalan Sepulut – Nabawan.
Seorang penduduk Sigar Rimin yang menemui New Sabah Times di sini berkata, mereka sudah meminta pihak syarikat pembalak itu membaiki jalan itu tetapi tiada tindakan sehingga pada masa keadaan jalan itu semakin teruk.
Katanya, baru-baru ini kenderaan nya sendiri telah tergelincir dan hampir-hampir jatuh ke dalam gaung kerana jalan berkenaan licin.
“Selain keadaan jalan yang licin, beberapa jambatan dalam keadaan bahaya dan jika tersilap kenderaan akan jatuh pada bila-bila masa” katanya,
Justeru itu katanya, penduduk terutama pengguna jalan tersebut merayu kepada pihak yang berkenaan terutama syarikat pembalak yang masih beroperasi di kawasan ini agar membaikinya untuk kemudahan penduduk.
“Kita bimbang perkara yang buruk akan berlaku jika keadaan jalan itu dibiarkan berterusan kerana ia boleh mengundang bahaya” jelas Sigar.
Katanya, jalan itu perlu dibaiki kerana ia adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk untuk keluar pekan Nabawan dan Keningau.
“Penduduk di sini memilih pekan Nabawan dan Keningau untuk mendapatkan barang-barang keperluan kerana jaraknya dekat berbanding ke Kinabatangan” katanya.
Sumber- New Sabah Times
Tiada ulasan:
Catat Ulasan