Isnin, 23 Januari 2012

Noh Omar Tidak Yakin Selangor Akan Tumbang

MSO


Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor.

Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno.

"Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya.

Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri.

Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi.

Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah.

Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing.

Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR.

Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB.

Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun.

Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor.

1 ulasan:

syafyka berkata...

Salam. Saya adalah seorang graduan chemical engineering dari Uni Teknologi PETRONAS yang berumur 23 tahun. Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Namun, isu yang sedang hangat di kampung saya sekarang perlu diberi perhatian. Saya hanya ingin meminta agar fakta yang benar dan tepat diketengahkan dalam penulisan. Betulkan saya jika fakta saya tersilap. Setahu saya, tidak ada isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang berlaku. Hal ini kerana tanah-tanah yang dibahagikan kepada orang2 terlibat tidak bersangkut paut dengan Sekolah Darul Bayan. Institusi itu akan terus berada di situ. Tanah-tanah yang terlibat hanyalah penempatan2 tidak sah. Namun, mereka telah pun dipindahkan ke PPRT. Jadi saya rasa, tidak berlakulah isu seperti yang dikatakan. "Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan." Saya tidak menyangkal fakta yang mengatakan tanah tersebut sedang berada di dalam perancangan untuk pembinaan rumah anak-anak yatim. Namun, saya sedih bila fakta sebenar diputar belitkan, takut nanti akan menjadi fitnah. Harap dapat respond agar saya diperjelaskan. Terima kasih.