MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng. Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan.
Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih. Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR. Soalnya, siapa dedah tak penting. Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan. Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah? Mengapa Ketua Audit Negara tegur? Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah?
Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut? Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13? Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC? Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'.
Rakyat tidak bodoh untuk menilai seperti Ibrahim Ali buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan